MENJANA KEMENANGAN BA DALAM TAHUN 2004

SEBUAH CERITA SERIUS - CERITA BERPECAH!!

Saya dan isteri saya pegi majlis kenduri kawin anak kawan lama kami. Tempatnya jauh gak. Dulu kawasan tuh UMNO punyalah “strong hold”, sekarang dah bertukar wakil rakyat…PAS!!

Sekang nih dia dah pencen lebih setahun. Pengulu gaks. Katanya dia sekarang pilih duduk kampung. Saya tengok kawan saya nih buat rumah kayu, atas tanah pesaka ayahnya. Tiga ekar semuanya. Dia ada dusun duiran tut 2 ekas, satu kolam ikan air tawar, dan sebuah reban ayam sederhana besar.

Saya tanya, apasal tak duduk kat town, kan dulu ada rumah teres satu tingkat?

Jawapnya. “Pengulu… sebenarnya orang tak tau nikmat duduk kampung. Orang tak tau nikmat bermasyarakat dengan orang kampung. Dulupun saya kata bila pencen nak tinggal kat town. Kununnya nak standard sikit. Tapi dah tinggal kat bandar setahun, akhirnya kami laki bini buat kesimpulan. Sebab anak-anak dah lepas habis sekolah… eloklah balik kampong jerr…”, katanya.

Saya kata, “Drastik gak you nih, pengulu.” kami ketawa.

“Memang. Drastik! Tapi satu best nyerr… di kampung baru saya terjumpa kehidupan yang tak ada di bandar..” katanya.

Saya tanya lagik, “Amende yang tak de kat bandar..dah 35 tahun duduk kat town?”.

Katanya. “Saya betul-betul jadi Pengulu orang kampung. Nih!! Kat bandar dulu, kita jadi Pengulu gak. Betullah tuh! Tapi bukan jadi pengulu orang kampung….!!”

“Habis?” saya tanya. Surprise gak, kan?

“Kita cuma jadi pengulu KERAJAAN!” jawabnya pendek.

“Habis sekarang?” saya cuba dig-dig sikit nak dalam-dalam.

“Nah ini rahsia”, katanya. “Hari ini, dah lebih enam bulan dekat setahun saya jadi orang kampung, baru saya tahu, mengapa orang kampung tenang, tak banyak mintak” katanya.

“Eh…caman lak tuh?” saya tanya.

“Betullah!! Orang kampung tak banyak mintak. Sebabnya cuma satu… diorang dah FED-UP dengan Kerajaan Barisan Nasional. Bila mintak, asek-asek bagi alasan macam-macam. Alasan-alasan tu pulak orang kampung tak faham. Jadi, diorang pun dah naik malas”. Katanya.

Sambungnya, “Satu hari saya gi ke mesyuarat UMNO. Terus saya kena lantik jadi Ketua Cawangan. Lepas tuh, saya meeting dengan Ketua Lajnah PAS. Saya kata, mari kita kombine tenaga. Kami meeting, senaraikan keperluan orang kampung, kami nak susun masyarakat kami yang terlampau berpecah-belah’ supaya jadi tak ada UMNO, tak ada PAS….” katanya.

“Habis tak berpartilah?” saya tanya.

“Eh…dakkk… Adaaaaaa…!! Mana boleh tak ada. Tapi tuntutan kami, nampaknya macam untuk UMNO; tapi sekali dengan tuntutan PAS. Misalnya, Imam kami MB yang dulu arahkan orang UMNO, tapi khutbahnya pasal Islam. Jadi, tak ada UMNO, tak ada PAS, kan? Bila korban harisaya, UMNO beli lembu orang PAS. Bila Kenduri masjid; kariah UMNO sekali dengan PAS, masak makan dan berdoa sama-sama atas asas kita sesama Islam. Bila sakit ahli UMNO, jiran PAS lawat. Bila kematian orang UMNO, orang PAS yang baca talqin… Islam..semua kami asaskan kepada Islam. Seolah-olah kampung kami nih, tak ada UMNO, tak ada PAS…” katanya serius.

Saya geleng kepala. Saya tanya “Tak ada ke orang sesiapa yang berontak?”

Jawabnya, “Ehhhh…adaaaa… Yang buat pasal ngentam-gentam dulu gengster UMNOlah. Dia kena upah dek wakil rakyat UMNO dulu. Kununnya nak jatuhkan PAS. Tapi alhamdulillah, sejak orang kampung buat cara baru macam saya cakap tadi, si Mamat gengster orang UMNO tuh sendiri. Dia lawan wakil rakyat”.. katanya.

“Caamana?” saya tanya. Heran gak saya.

“Hehehe…!!” dia ketawa. Katanya. “Tok Pengulu tau? Dalam satu perjumpaan orang kampung “Pemimpin Bertemu Rakyat”, wakil rakyat UMNO yang dulu dengan semua org besar UMNO dan wakil MB datang kampung kami. Kami jemputlah semua orang kampung. Orang kampung kami, kan saya dah kata tadi lain macam sikit. Orang PAS pun datang gak. Kami korban lembu. Kami kenduri. Tapi sebenarnya bukan kenduri untuk “Wakil Rakyat”, dah jadi untuk “Rakyat” saja. Hehehe…!! Dia ketawa!

“Dah tuh..Dewan penuh sesak pulak. Orang UMNO campur gaul dengan PAS. Tapi, YB wakil rakyat tak sedar. Wahhh… YB wakil rakyat UMNO bukan main eksyen. Suka….!! Dia sangka ahli UMNO dah tambah lipat ganda…” katanya.

“Kat hujung sempang tuh, ada banner panjang kain rentang ucap alu-aluan “Selamat Datang YB Wakil Rakyat…” Tapi banner tuh lain sikit. Kat hujung sebelah kanan ada lambang UMNO, sebelah Kkir ada Lambag PAS…. hehehe…heran gak wakil rakyat. Jadi dalam ucapan YB tuh, dia sebutlah pasal banner tuh. Dia kata…eloklah orang PAS dah sedar.. sampai PAS alu-alukan kedatang saya yang jadi wakil UMNO. Tapi, lepas tuh dia kutuklah PAS. Katanya jangan terpengaruh dengan hasutan PAS yang nah pecah belah rakyat… begitu..begini..bla…bla….! Biasa lahhhhh..”

Sebagai ucap alu-aluan, Mamat samseng UMNO tu bangun. Dia kata kat wakil rakyat UMNO tuh..

Katanya. “… YB duduk town, kami duduk kampung. Kalau kami susah senang, tak ada oranng nak pedulik apa…!!. Orang datang lawat kami dengan Mercedez, sekali setahun; pakai bush-jeket… Sakit senang kami sini kena tanggung sendiri. Sebab politik masyarakat kampung kami pecah belah. Bukan sebab PAS atau UMNO, tapi sebab kepentingan pemimin sesama sendiri nak rebut kuasa, nak tambah harta. Orang kata UNDOR, Degil!! Buat dekk.. aja..!!

Katanya lagik, “Kami orang Islam. Bagi kami – politik lantaklah kalu korang nak main politik. Tapi kami kat kampung nih nak hidup. Kan lebih baik kami asaskan kepada Islam. Tak ada UMNO tak ada PAS..!! Buat perrr…!! …”

“Tengok macam hari nih..!! Kami OK!! Kami dah sedar. Biarlah politik untuk orang atas. Biarlah politik UMNO cuma untuk orang-orang ada kepentingan saja. Lepas dapat apa diorang nak kami pun dilupakan..”. Heheh orang tepuk. Wakil rakyat terdiam.

Lepas tuh dia cakap lagik, “Saya orang UMNO tapi jiran saya orang PAS, kalau ikut cakap YB tadi, tentu kami pecah belah. Tapi sebab kami dah tak ikut, hari ini Dewan penuh sesak. YB tau tak? Dalam Dewan ini UMNO dengan PAS ‘50-50’..Tu pasallah kat Simpang tuh lambang pun ada dua dalam satu banner…” kata Mamat samseng”. Hehehe…YB nampak macam dah panas miang…Duduk pun menggelisah.

Sambung dek mamat samseng, “Saya nih ahli UMNO. Kalau saya cakap macam nih saya kena buang dek parti…buang lah!! Tapi jangan buang saya sorang, buanglah semua orang kampung, “ katanya mencabar.

“Yang penting dek orang kampung kami, cara kami inilah yang paling best. Tak peduli UMNO, tak peduli PAS..!! Parti mana yang jujur dan ikhlas, amanah dan telus kepada rakyat – kami akan sokong….” Wohhhhhhh….orag bertepuk. Satu dewan gamat.

Masa tu datang seorang berbadan tegap dari dapur, duduk dekat kami. Kawan saya tuh introduce kat saya. “Habis tuh apa jadi?” saya tanya.

Katanya. “Nah ni lah wakil rakyat kami. YB Mamat. Mamat ‘samseng’. Dari PAS…….!!” Aduh! Terperanjat gelentang saya. YB kawan saya wakil PAS. Sanggup jadi orang dapur!! Mana nak cari orang UMNO macam tuh!!”…

Tapi yang hairan lagik…. Tak ada muka samseng pun. Mungkin perjuangannya menentang Kezaliman dan menegakkan Keadilan seperti samseng!! Mungkin dah sampai masa baginya untuk menentang “Kezaliman dan menegakkan Keadilan”.

Mungkin kita harus berjuang seperti ‘samseng’. Samseng rakyat sekarang semata-mata kerana nak berjuang untuk menentang “Kezaliman dan menegakkan Keadilan”. Nampaknya si Denan, Shahidan Kassim dan Sanusi Joned kena fikir dua kali kalau nak jadi SAMSENG pun.!!!!!

Saya fikir itu lah dia JIHAD!! Tapi nampaknya ‘samseng’ macam si Denan, Shahidan Kassim dan Sanusi Joned tu bukan “JIHAD”…tapi “JAHAT”.

Nampaknya UMNO/BN hancur di Pahang sebab dek orang pencen. Mungkin juga dimana-mana!!

…Hehehehe…….!!

Pengulu Kg. Ulu Cekau
Ulu Tembeling

 counter.bloke.com